Thursday, July 26, 2012

MENCARI TULANG RUSUK YANG SEJATI



Sebuah senja yang sempurna, buaian kasih dengan lagu cinta yang lembut. Ape adakah perkara yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? 
Uda dan Dara duduk di punggung senja itu, rancak berbicara, beratus tawa gembira.Lalu Dara pun mula meminta kepastianmya tentang cinta.
 Dara : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
Uda : Kamu lah..
 Dara : Menurut kamu, aku ini siapa?
 Uda : (Berfikir sebentar, lalu menatap mata Dara) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan apabila menemui wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”
-selepas berkahwin-
 Dara dan Uda mengalami masa yang indah dan manis tetapi hanya untuk seketika. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
 Pada suatu hari, menjadi kemuncak sebuah pertengkaran, Dara lari keluar rumah. Setelah tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tak cinta aku lagi !”Uda sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan dia menjerit membalas “Aku menyesal kita berkahwin! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”
 Tiba-tiba Dara menjadi terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia melihat Uda, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.
Uda menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Dara kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. ”
-Lima tahun berlalu-
 Uda tidak menikah lagi, tetapi sentiasa mengambil tahu kehidupan Dara. Dara pernah ke luar negeri, bernikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke tanahair semula. Dan Uda yang tahu semua informasi tentang Dara, dia sebenarnya merasa kecewa, kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Dara tidak menunggunya.
 Dan di tengah malam yang sunyi, semasa Uda meminum kopinya, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara.
 Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat yang berlaku banyak pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka saling tidak mahu terlepas.
 Uda : Apa khabar?
 Dara : Baik… ermmm.. apakah kamu sudah menemui rusukkmu yang hilang??
Uda : Belum.
 Dara : Aku nak terbang ke New York.Aku akan kembali 2 minggu lagi.
 Uda :  Telefonlah aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon aku, belum yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.
 *Dara tersenyum manis, lalu berlalu.
 “Good bye….”

c!Nta seLaMaNya


Bila sinar menyinari

Ku rasa lapang dan tenang

Bila ku imbas kembali

Jiwaku kelam dan suram
Geram kisah silam



Jangan kau bersedih lagi

Tentang kisah menghantui

Biarkan ia berlalu
Ada rahmat di sebaliknya ini
Kisah silam



Cinta kita kian bersemi

mengapa kau masih begini



Ia menghantui

Aku perlu Oh!Cintamu

Aku perlu belaianmu
Bila-bila saja...



Tuhan tolong aku

Aku cinta kepadamu

Sinar sinarkanlah oh! Diriku
Moga cinta kita kan bersatu



Cinta kita direstui selamanya

..c!Nta BeRsaTu..



Di matamu ku berharga

Kau perlakukan aku

Lebih dari mencintai dirimu



Di dekatmu ku merasa

Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu