Wednesday, July 17, 2013

Makna Disebalik Warna Dan Bilangan Bunga Ros


      
**************************************************************************

:::..Hello Guys !! :D
Korang msti slalu dapat bunga ros or bagi bunga ros kat s0meone kan.. tapi korang tau x sebenarnye ade maksud2 yg tersembunyi disebalik warne dan bilangan ros nie.. bg yang nak memberi 2,korang mstila kna tau dlu kan ape maksud2 nye,jngan salah bg plak..nnti x pasal2 disalah tafsir oleh si dia..


Merah: Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang korang sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

Pink: Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati

Kuning: Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan

Putih: Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you

Lavender: Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Korang juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

Oren: Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

Hitam: Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

Biru: Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan



Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

1 Rose      ♥ Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 Roses     ♥ Saling menyayangi antara satu sama lain
3 Roses     ♥ I love you
6 Roses     ♥ Aku ingin menjadi milikmu
7 Roses     ♥ Aku tergila-gilakan kamu
9 Roses     ♥ Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 Roses   ♥ Kamu adalah sempurna
11 Roses   ♥ Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 Roses   ♥ Be my steady
13 Roses   ♥ Peminat rahsia
15 Roses   ♥ Saya minta maaf, tolong maafkan saya
20 Roses   ♥ Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 Roses   ♥ Aku setia pada mu
24 Roses   ♥ Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Roses   ♥ menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 Roses   ♥ Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 Roses   ♥ Cintaku padamu adalah tulen
50 Roses   ♥ Cinta yang tiada sesalan
99 Roses   ♥ Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 Roses ♥ Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 Roses ♥ Kaulah satu-satunya cintaku
108 Roses ♥ Jom Kahwin!
365 Roses ♥ Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari

999 Roses ♥ Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

So skarang ade x sape2 yang nak bg bunga ros kat sy? heheheh... :D

Tuesday, July 16, 2013

Warna Dan Maksud

~ Hello guys !! :D
 Actually hari nie nak p0st ckit tentang maksud disebalik warna warna yang ade di khidupan seharian kite nie..Setiap orang msti ade favorite color masing2 kan,,favorite color korang ape?? heee... sebelum korang jawab meh ler bace serba sedikit maksud disebalik warna2 yang korang suke 2..

MERAH
Merah merangsang metabolisme, meningkatkan kadar respirasi, perpeluhan,selera dan meningkatkan tekanan darah. Merah dikaitkan dengan kebakaran dan darahyang menggambarkan bahaya, kemarahan dan kekerasan. Merah juga dikaitkan dengan hati ,cinta dan keghairahan.

Warna merah dilambangkan sebagai tenaga, kekuatan, keghairahan, keriangan,ketabahan, unsur kebakaran, matlamat kerjaya, cinta, revolusi, bahaya, keazaman, kepimpinan,drama, kelajuan, haba, keganasan, tumpuan dan kemurahan hati.


OREN
Oren ialah satu warna yang sangat aktif dan bertenaga, walaupun ia tidak dapat menimbulkan keghairahan seperti warna merah. Walau bagaimanapun, oren menggalakkan kebahagiaan,mewakili sinaran matahari dan kreativiti. Oren juga melambangkan keseronokan, cita-cita, hasrat, kejayaan, matlamat,daya kekuatan,kehangatan, kemesraan, dorongan/galakkan dan mewakili belia.


HIJAU
Hijau biasanya dikaitkan dengan alam. Hijau adalah satu warna yang menenangkan dan
melambangkan pertumbuhan,kesegaran dan harapan serta mudah di mata secara visual. Hijau juga melambangkan pembaharuan,ketenangan, tenteram, kesuburan, cemburu, tumbesaran dan renungan.Hijau merendahkan tekanan darah, meringankan sistem saraf,menenangkan dan melegakan fikiran dan merupakan penahan selera. Hijau mudah di mata dan boleh memperbaiki wawasan.


BIRU
Biru dikaitkan dengan warna laut dan langit yang memberi ketenangan dan kebebasan.Biru dilambangkan sebagai perlindungan, inspirasi rohani, ketenangan, keyakinan, keamanan,pemikiran yang tinggi, kesetiaan, keikhlasan, kebenaran, idealisme, kepintaran, kesejukan, keselesaan,kerjasama, teknologi dan empati.

UNGU
Ungu melambangkan pengaruh, kuasa, inspirasi tinggi, kerohanian,ketaatan, transformasi,kesedaran, kecanggihan, gerak hati, kebenaran yang lebih mendalam,keanggunan, keangkuhan, ego, kekayaan,  kemasyuran, maruah dan pengetahuan yang tersembunyi.


PUTIH
Putih merupakan warna yang sangat terang dan digunakan untuk mewakili keamanan,kesucian,ketulenan, kebaikan, kerohanian, kesederhanaan, ketepatan, kesempurnaan, salji, kesatuan,kesejukan, pemikiran positif, keadilan, keaslian, kejelasan, kelahiran dan keagungan.

KUNING
Kuning  juga adalah warna aktif dan bertenaga seperti oren.
Kuning juga mewakili sinaran matahari, cahaya, kebahagiaan dan keriangan.
Kuning mewakili untuk melambangkan kebijaksanaan, imaginasi, minat, semangat,harapan, ingatan,pengikut, optimis, kepercayaan, persefahaman,falsafah dan mempercepatkan pembelajaran.
Warna kuning merangsang kegiatan mental, menghasilkan tenaga otot dan menarik perhatian – ia warna paling dapat dilihat bagi mata manusia

HITAM
Hitam digunakan untuk mewakili kematian, kejahatan, kesedihan. Hitam juga melambangkan perlindungan, kuasa, formaliti, misteri, bermutu tinggi, ruang,kekosongan, kecanggihan, kebolehpercayaan dan martabat. Hitam ialah satu warna teknikal cemerlang dan ia membantu menyasarkan satu pasaran mewah canggih.

KELABU
Kelabu ialah warna intelek, pengetahuan ,dan kebijaksanaan. Ia dilihat sebagai tahan lama, klasik dan seperti licin berkilat atau halus. Ia satu warna yang menimbulkan rasa hormat, konservatif , dan membawa kuasa. Kelabu juga melambangkan kesedihan, membosankan, kemuraman, praktikal, profesional, canggih,kualiti dan keselamatan.

Haaa...s0 korang da tau kan serba sedikit maksud2 disebalik warna2 nie,s0,ape favorite color korang.. :)