Tuesday, July 16, 2013

Warna Dan Maksud

~ Hello guys !! :D
 Actually hari nie nak p0st ckit tentang maksud disebalik warna warna yang ade di khidupan seharian kite nie..Setiap orang msti ade favorite color masing2 kan,,favorite color korang ape?? heee... sebelum korang jawab meh ler bace serba sedikit maksud disebalik warna2 yang korang suke 2..

MERAH
Merah merangsang metabolisme, meningkatkan kadar respirasi, perpeluhan,selera dan meningkatkan tekanan darah. Merah dikaitkan dengan kebakaran dan darahyang menggambarkan bahaya, kemarahan dan kekerasan. Merah juga dikaitkan dengan hati ,cinta dan keghairahan.

Warna merah dilambangkan sebagai tenaga, kekuatan, keghairahan, keriangan,ketabahan, unsur kebakaran, matlamat kerjaya, cinta, revolusi, bahaya, keazaman, kepimpinan,drama, kelajuan, haba, keganasan, tumpuan dan kemurahan hati.


OREN
Oren ialah satu warna yang sangat aktif dan bertenaga, walaupun ia tidak dapat menimbulkan keghairahan seperti warna merah. Walau bagaimanapun, oren menggalakkan kebahagiaan,mewakili sinaran matahari dan kreativiti. Oren juga melambangkan keseronokan, cita-cita, hasrat, kejayaan, matlamat,daya kekuatan,kehangatan, kemesraan, dorongan/galakkan dan mewakili belia.


HIJAU
Hijau biasanya dikaitkan dengan alam. Hijau adalah satu warna yang menenangkan dan
melambangkan pertumbuhan,kesegaran dan harapan serta mudah di mata secara visual. Hijau juga melambangkan pembaharuan,ketenangan, tenteram, kesuburan, cemburu, tumbesaran dan renungan.Hijau merendahkan tekanan darah, meringankan sistem saraf,menenangkan dan melegakan fikiran dan merupakan penahan selera. Hijau mudah di mata dan boleh memperbaiki wawasan.


BIRU
Biru dikaitkan dengan warna laut dan langit yang memberi ketenangan dan kebebasan.Biru dilambangkan sebagai perlindungan, inspirasi rohani, ketenangan, keyakinan, keamanan,pemikiran yang tinggi, kesetiaan, keikhlasan, kebenaran, idealisme, kepintaran, kesejukan, keselesaan,kerjasama, teknologi dan empati.

UNGU
Ungu melambangkan pengaruh, kuasa, inspirasi tinggi, kerohanian,ketaatan, transformasi,kesedaran, kecanggihan, gerak hati, kebenaran yang lebih mendalam,keanggunan, keangkuhan, ego, kekayaan,  kemasyuran, maruah dan pengetahuan yang tersembunyi.


PUTIH
Putih merupakan warna yang sangat terang dan digunakan untuk mewakili keamanan,kesucian,ketulenan, kebaikan, kerohanian, kesederhanaan, ketepatan, kesempurnaan, salji, kesatuan,kesejukan, pemikiran positif, keadilan, keaslian, kejelasan, kelahiran dan keagungan.

KUNING
Kuning  juga adalah warna aktif dan bertenaga seperti oren.
Kuning juga mewakili sinaran matahari, cahaya, kebahagiaan dan keriangan.
Kuning mewakili untuk melambangkan kebijaksanaan, imaginasi, minat, semangat,harapan, ingatan,pengikut, optimis, kepercayaan, persefahaman,falsafah dan mempercepatkan pembelajaran.
Warna kuning merangsang kegiatan mental, menghasilkan tenaga otot dan menarik perhatian – ia warna paling dapat dilihat bagi mata manusia

HITAM
Hitam digunakan untuk mewakili kematian, kejahatan, kesedihan. Hitam juga melambangkan perlindungan, kuasa, formaliti, misteri, bermutu tinggi, ruang,kekosongan, kecanggihan, kebolehpercayaan dan martabat. Hitam ialah satu warna teknikal cemerlang dan ia membantu menyasarkan satu pasaran mewah canggih.

KELABU
Kelabu ialah warna intelek, pengetahuan ,dan kebijaksanaan. Ia dilihat sebagai tahan lama, klasik dan seperti licin berkilat atau halus. Ia satu warna yang menimbulkan rasa hormat, konservatif , dan membawa kuasa. Kelabu juga melambangkan kesedihan, membosankan, kemuraman, praktikal, profesional, canggih,kualiti dan keselamatan.

Haaa...s0 korang da tau kan serba sedikit maksud2 disebalik warna2 nie,s0,ape favorite color korang.. :)

No comments:

Post a Comment